Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

. Thursday, November 26, 2009
0 comments


Kepada semua anggota,


Diucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilAdha bagi anggota yang menyambutnya. Semoga bergembira dan jadikanlah peristiwa yang lepas sebagai satu pengajaran hidup untuk kita tempuhi hari-hari yang mendatang. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Read More »»

Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT BERCUTI!

. Tuesday, November 24, 2009
0 comments

Kepada semua anggota,

Diucapkan selamat bercuti dan semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan harapan dan azam yang baru semoga kita mencapai kejayaan.

Selamat bercuti, jaga diri dan jangan terlalu leka bergembira. Ingatlah orang yang tersayang.

Read More »»

Monday, November 16, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM!

. Monday, November 16, 2009
0 comments

Kepada semua anggota kadet ACS,

Tahun 2009 merupakan tahun yang bersejarah buat kita semua. Lakaran kejuaraan, ciptaan johan. Bukan calang-calang, bukan juga jaguh kampung. Kita berbangga dengan prestasi kita.

Sekalung penghargaan kepada semua anggota, tahniah dan syabas diucapkan. Semoga ini menjadi pembakar semangat kepada semua anggota junior untuk turut mengikut jejak langkah dan mengekalkan kejuaraan kita.



Kepada anggota-anggota yang bakal bersara, didoakan semoga kalian dapat menjawab soalan peperiksaan SPM yang bakal tiba tak sampai beberapa jam lagi dengan jayanya. Jawablah dengan penuh keyakinan membina masa depan yang gemilang. Peliharalah nama baik keluarga dan warga ACS. Semoga berjaya kelak dalam kehidupan!

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2009. Buatlah yang terbaik. Doa kami sentiasa bersama anda.

-ADMIN-

Read More »»

Saturday, October 24, 2009

SEKITAR JAMUAN MAKAN MALAM KOR KADET POLIS ACS IPOH

. Saturday, October 24, 2009
0 comments

Majlis Makan Malam Tahunan Kor Kadet Polis ACS Ipoh telah berjaya diadakan dengan jayanya. Majlis bermula tepat jam 8.30malam dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, ucapan-ucapan, jamuan makan, persembahan, penyampaian cenderahati dan juga cabutan bertuah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Majlis Makan malam tahun ini yang diketuai oleh Mohd. Nadeem.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam :






















Read More »»

Monday, October 19, 2009

JAMUAN MAKAN MALAM TAHUNAN 2009

. Monday, October 19, 2009
0 comments

Kepada semua anggota,


Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan bagi tahun 2009 akan diadakan seperti ketetapan berikut :


  • Tarikh : 24 Oktober 2009
  • Masa : 8.00 pm
  • Tempat : Tower Regency Hotel, Ipoh


Semua anggota adalah diingatkan supaya hadir pada ketentuan yang telah ditetapkan dan telah membuat bayaran. Pakaian adalah pakaian rasmi. (formal).


Segala pertanyaan bolehlah hubungi Jawatankuasa Majlis Makan Malam.

Sekian dimaklumkan

Read More »»

Monday, October 5, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2009

. Monday, October 5, 2009
0 comments

Kepada semua anggota Kadet Polis ACS yang akan menduduki peperiksaan PMR esok, diucapkan selamat menduduki peperiksaan tersebut dan semoga beroleh kejayaan dengan kecemerlangan.

Bersiap sedia dengan segala keperluan peperiksaan awal dapat menenangkan fikiran dan menjadikan kita lebih bersedia dalam menjawab soalan. Pastikan kad pengenalan, slip peperiksaan dan alat tulis telah siap untuk dibawa ke dewan peperiksaan.

Bacalah doa mengikut agama masing-masing dan berdoalah untuk kejayaan. Pastikan usaha kita selama 3 tahun berada di alam persekolahan menengah ini berbaloi!

Selamat berjaya!

Read More »»

Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDILFITRI

. Wednesday, September 16, 2009
0 comments


Hari Jumaat, 17 September 2009 diisytiharkan cuti bagi semua sekolah di seluruh Malaysia bagi membolehkan para pelajar dan keluarga merancang perjalanan untuk pulang ke kampung berhari raya. Cuti ini juga dapat mengelakkan kesesakan lalulintas apabila pulang ke kampung.

Apapun, diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga ACS Ipoh yang merayakannya. Maaf dipohon dari ADMIN sekiranya terdapat salah dan silap selama berblogging ini.

Kepada yang tidak merayakan Aidilfitri, selamat bercuti diucapkan dan semoga semuanya dapat menjaga diri masing-masing agar tidak terlibat dalam sebarang perkara yang tidak diingini.

Bersamalah kita bermaaf-maafan dan jadikanlah Hari Raya tahun ini Hari Raya yang terbaik pernah kita lalui sebagai satu pasukan.

Selamat Hari Raya!


Read More »»